Selamat Datang Ke Kursus-Kahwin.Com

Panduan eBook Percuma Untuk Anda

kursus-kahwin-perkahwinan-pra-perkahwinan-berkahwin-nikah-pengantin-bernikah-kursus

Sila isi borang di bawah untuk mendapatkan ebook panduan mudah perkahwinan percuma ini.

 

Nama
Email
Whatsapp No

Email Marketing by TrafficWave.net

Semak email anda selepas mengisi borang di atas. Terima kasih.


PERNIKAHAN ONLINE SEMASA PANDEMIK COVID-19

Pasangan yang ingin melangsungkan pernikahan mestilah melakukan permohonan dan mendapatkan kebenaran berkahwin melalui Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) di negeri masing-masing. Permohonan Kebenaran Berkahwin Online adalah satu inisiatif Jakim dengan kerjasama Jabatan Agama Islam negeri – negeri bagi tujuan memberikan kemudahan kepada masyarakat umumnya dan pasangan yang ingin melangsungkan perkahwinan khususnya memohon kebenaran pernikahan.

Permohonan Kebenaran Berkahwin Online pada masa ini hanya meliputi permohonan yang dibuat di Negeri Sembilan, Melaka, Perlis, Kedah, Perak dan Wilayah Persekutuan namun kemudahan ini akan terus diperluaskan bagi merangkumi negeri-negeri lain di dalam masa yang terdekat.

Klik sini

Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, “Tiga perkara yang dilakukan dengan bersungguh-sungguh dianggap bersungguh-sungguh, dan yang dilakukan dengan gurauan (main-main) akan menjadi sungguh-sungguh iaitu nikah, talak dan rujuk.

suami-isteri-kursus-kahwin-nikah-pengantin-keluarga-bahagia

Kursus Pra Perkahwinan yang dilaksanakan di Jabatan Agama Islam negeri-negeri di Malaysia adalah mengikut Modul Bersepadu Kursus Pra Perkahwinan Islam (MBKPPI) yang disediakan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Kursus tersebut adalah diwajibkan kepada setiap individu yang belum pernah berkahwin.

Kursus ini dianjurkan oleh semua Pejabat Agama Islam Daerah dan Bahagian Perundangan Keluarga, Jabatan Agama Islam dengan tujuan memberikan maklumat dan pendedahan awal kepada bakal-bakal suami isteri yang akan mendirikan rumahtangga. Ia diharap dapat dijadikan panduan oleh mereka dalam menghadapi kehidupan berkeluarga. Adalah diharapkan, kursus ini akan dapat membantu dalam mengurangkan permasalahan rumahtangga dan perceraian yang dihadapi oleh umat Islam di Selangor khususnya dan Malaysia amnya.





BAGAIMANAKAH PROSEDUR NIKAH SECARA ATAS TALIAN (ONLINE) SEMASA PKP / PKPB

Susulan daripada PKP 2.0 dilanjutkan, semakin ramai yang ingin tahu bagaimanakah prosedur nikah secara atas talian semasa PKP/PKPB untuk meneruskan perancangan mereke ke arah perkahwinan.

Berita baik untuk anda semua, sekarang ini urusan lebih mudah ada banyak sistem dan kemudahan online yang disediakan untuk anda berbanding permohonan zaman dahulu.

Bagaimana Cara Nikah Online

Dengan ini admin kongsikan prosedur nikah Selangor Kuala Lumpur KL Johor Melaka Negeri Sembilan Sabah Sarawak Perlis kelantan Terengganu Langkawi Kedah Perak Pahang Kedah Pulau Pinang Penang termasuk prosedur akad nikah online.

Senarai Borang Nikah Online

Bersama-sama di sini kami kongsikan permohonan borang nikah online untuk berkahwin di perak Kedah Pahang Kedah Pulau Pinang Penang Sabah Sarawak Perlis kelantan Terengganu Langkawi Kedah Selangor Kuala Lumpur KL Johor Melaka Negeri Sembilan.

Boleh Klik Negeri Mana Yang Anda Hendak Memohon Borang Nikah

  1. Borang nikah untuk Negeri Sembilan, Melaka, Perlis, Kedah, Perak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
  2. Borang nikah untuk Negeri Johor
  3. Borang nikah untuk Negeri Selangor
  4. Borang nikah untuk Negeri Sabah
  5. Borang nikah untuk Negeri  Sarawak
  6. Borang nikah untuk Negeri Kelantan
  7. Borang nikah untuk Negeri Pulau Pinang
  8. Borang nikah untuk Negeri Pahang
  9. Borang nikah untuk Negeri Terengganu

Syarat Nikah Online

  1. Ambil sijil kursus kahwin. Sila hadiri kurus kahwin terlebih dahulu baik di Melaka Negeri Sembilan Kuala Lumpur Kl Selangor Sabah Sarawak Kelantan Terengganu Pulau Pinang Penang Johor Pahang Kedah Perak
  2. Sila ambil ujian HIV test. Pastikan ia sah 6 bulan dari tarikh nikah yang telah anda pilih
  3. Sila ambil borang permohonan nikah. Caranya, boleh semak panduan di bawah ini

Cara isi Borang Nikah Online

Langkah-langkah untuk isi borang nikah online yang memudahkan anda faham.

  1. Pastikan pihak lelaki isi borang nikah terlebih dahulu
  2. Borang nikah pihak lelaki perlu disahkan oleh Pejabat Agama Daerah
  3. Serahkan borang nada kepada pihak perempuan
  4. 2 Borang nikah pihak perempuan perlu disahkan oleh Pejabat Agama Daerah

NOTA: Borang permohonan kedua dua pihak perlu dihantar kepada Pejabat Agama Daerah Jabatan Agama Islam masing-masing 3 bulan sebelum dari tarikh nikah anda.


PANDUAN RINGKAS MODUL BENAR NIKAH ONLINE

Panduan ini disediakan bagi tujuan memberi penjelasan cara-cara permohonan kebenaran berkahwin online melalui Sistem Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia (SPPIM). Permohonan Kebenaran Berkahwin bermula dengan permohonan baru. Pemohon juga boleh membuat carian untuk mengemaskini maklumat dan melihat status permohonan.

Peringatan Penting:

  • Pemohon mesti membuat permohonan kebenaran berkahwin online jika:
    • Kedua-dua pemohon dari negeri yang menggunakan SPPIM iaitu Negeri Sembilan, Melaka, Perlis, Kedah, Perak dan Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan);
    • Salah seorang pemohon dari negeri yang menggunakan SPPIM;
    • Kedua-dua pemohon dari negeri yang tidak menggunakan SPPIM tetapi tempat majlis akad nikah adalah di negeri SPPIM.
  • Permohonan Borang Nikah Online perlu diisi oleh salah seorang pasangan sama ada lelaki atau perempuan.
  • Pemohon perempuan boleh mendapatkan kebenaran berkahwin dari Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) selepas pemohon lelaki mendapat kebenaran berkahwin di mana status permohonan di dalam BNO adalah lulus.
  • Pastikan tarikh cadangan berkahwin tidak melebihi 90 hari dari tarikh permohonan.
  • Permohonan akan dihapuskan dari sistem jika pemohon gagal hadir ke Pejabat Agama Islam Daerah dalam tempoh 90 hari dari tarikh permohonan online.
  • Pastikan pemohon menyimpan nombor rujukan Borang Nikah Online dan email selepas permohonan dibuat bagi tujuan semakan atau pengemas kini.
  • Pengemaskinian permohonan Borang Nikah Online hanya boleh dibuat selagi pemohonan lelaki belum diproses oleh Pejabat Agama Islam Daerah. Sebarang pembetulan maklumat bagi permohonan yang sedang diproses oleh Pejabat Agama Islam Daerah boleh dimaklumkan kepada pihak Pejabat Agama Islam Daerah.
  • Pastikan setiap pemohon iaitu lelaki dan perempuan membawa dokumen sokongan sebagaimana di dalam senarai semak Borang Nikah Online bersama dengan Borang Permohonan Kebenaran Berkahwin yang telah dicetak dan ditandatangan oleh pemohon, wali (bagi pemohon perempuan) dan Penolong Pendaftar kariah/kawasan.
  • Pastikan pemohon mengetahui kariah tempat tinggal/bermastautin. Bagi pasangan dari negeri selain dari Negeri Sembilan, Melaka, Perlis, Kedah, Perak dan Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan), boleh pilih mana-mana kariah yang berhampiran dan ia tidak memberi kesan kepada sistem ini.
  • Pastikan status pemohon lelaki (Bujang, Beristeri, Duda) dan perempuan (Dara, Janda, Balu, Thayyib) adalah betul.
  • Pastikan maklumat warganegara dan Negara asal dikemaskini sekiranya pemohon atau pasangan bukan warganegara.
  • Pastikan alamat surat menyurat tepat dimana ini akan menentukan Pejabat Agama Islam Daerah yang berbidangkuasa dalam mengeluarkan Kebenaran Berkahwin. Bagi kawasan yang bersempadan contohnya antara Wilayah Persekutuan dengan Selangor, pemohon boleh merujuk kepada Cukai Pintu. Sekiranya cukai pintu dibayar kepada Wilayah Persekutuan, maka “negeri” bagi alamat dalam sistem diletakkan Wilayah Persekutuan dan sebaliknya.
  • Maklumat Ujian Saringan HIV tidak perlu diisi kerana Borang Pemakluman Ujian Saringan HIV hanya boleh dicetak selepas permohonan online selesai diisi. Maklumat ujian boleh dikemaskini selepas pemeriksaan dijalankan.

Soalan Lazim & FAQ

1. Apakah senarai rukun iman

Apakah senarai rukun iman
Wajib tahu! Soalan popular tok kadi. Percaya kepada Allah, Percaya kepada Malaikat-Malaikat, Percaya kepada Kitab-Kitab, Percaya kepada Nabi-Nabi dan Rasul-Rasul, Percaya kepada Hari Akhirat, Percaya kepada Qada’ dan Qadar

2. Apakah kasut nikah yang dibenarkan semasa PKP atau PKPB

Tidak ada sebarang peraturan yang mengikat. Terpulang kepada keselasaan anda

3. Apakah baju nikah yang sesuai semasa PKP atau PKPB

Pakai sahaja sepersalinan baju nikah yang telah anda tempah. Tiada masalah

4. Maksud nikah gantung dalam islam

Sesuai dengan waktu CovID 19 di malaysia terutamaya PKP atau PKPB yang menyebabkan nikah gantung di Malaysia meningkat. Nikah gantung membolehkan kedua-dua pasangan disatukan tanpa terikat dengan tanggungjawab memberikan nafkah zahir tetapi masih tetap boleh ‘bersama’.

5. Apa itu nikah khitbah

Nikah khitbah dan nikah gantung membawa maksud yang sama. Satu dalam Bahasa Arab, satu lagi dalam Bahasa Melayu.


Kursus Kahwin, Kursus Perkahwinan atau Kursus Pra Perkahwinan adalah ungkapan yang sering kita dengar sebelum sesaorang atau pasangan masing-masing menempuh gerbang perkahwinan. Mengapa perlunya kursus kahwin? Kursus kahwin sememangnya sinonim bagi setiap pasangan yang ingin menamatkan zaman bujang masing-masing.

Kursus kahwin atau kursus pra perkahwinan adalah wajib diambil dan dihadiri bagi setiap pasangan Islam sebelum mendirikan rumahtangga dengan pasangan masing-masing yang kebiasaannya diadakan selama dua hari. Kalau dahulu kursus seperti ini hanya digalakkan untuk pasangan yang mahu berkahwin, tapi kini ia menjadi satu kewajipan bagi mana-mana pasangan yang mahu berumahtangga. Jadi hendak tak hendak anda perlu menamatkan kursus ini jika mahu berkahwin. Kursus ini boleh diambil bersama pasangan atau secara individu, bermakna anda tidak semestinya hendak berkahwin baru boleh mengikuti kursus ini.

Sijil penyertaan lazimnya akan diberikan pada hari kedua setelah tamat kursus. Sijil perlu disimpan untuk kegunaan semasa memohon surat kebenaran berkahwin nanti. Bagi peserta lelaki yang ada hajat nak kahwin 2,3 atau 4, simpan sijil anda di tempat selamat. Anda boleh gunakan sijil ini untuk pernikahan-pernikahan anda.

Kalau dah namanya kursus, majoriti akan menganggap ianya bosan. Majoriti pula beranggapan sebaliknya setelah tamat kursus. Kursus ini sebenarnya wajib dan penting kerana kita akan diajar akan apakah tanggungjawab sebagai seorang suami atau isteri apabila sudah berumahtangga kelak. Kursus ini boleh dikira sebagai “refresh” tentang apa yang dah dipelajari dalam Pendidikan Islam semasa alam persekolahan dahulu. Selain itu, kita juga akan diajar bagaimanakah prosedur-prosedur yang perlu kita ikuti untuk mendapatkan kebenaran untuk bernikah.

Perkahwinan bukanlah satu perkara yang mudah. Pelbagai prosedur yang perlu kita ikuti dan fahami sebelum menjadi seorang suami isteri yang sah. Pelbagai tanggungjawab dan perkara perlu kita pikul setelah bergelar suami atau isteri.Atas sebab itu, jabatan agama mengadakan kursus perkahwinan ini untuk bakal-bakal suami atau isteri supaya dapatlah bakal-bakal suami atau isteri ini bersedia dan tahu akan tanggungjawab, dan tahu akan apa yang patut dan tidak patut dilakukan apabila sudah berkahwin kelak.

Kursus kahwin ni taklah bosan seperti yang difikirkan kerana penceramah-penceramah yang dijemput sangat memahami keadaan peserta malah sering diselitkan dengan lawak jenaka dalam ceramah-ceramah berinfomasi yang disampaikan.

Dalam berjenaka dan bergelak tawa sepanjang kursus, apa yang penting adalah isi kandungan yang cuba disampaikan kepada kita. Dalam kursus kahwin ini, kita juga akan diberitahu mengenai penceraian. Apa hak-hak yang kita akan perolehi sekiranya kita bercerai. Ramai yang tidak tahu hak mereka, dan itu menyebabkan mereka rasa tertindas. Dengan mengikuti kursus seperti inilah anda akan dapat tahu apakah yang patut dilakukan apabila sudah bercerai dan sebagainya.

Jika anda ingin berumahtangga, atau sekiranya anda ingin mengikuti kursus kahwin ini. Daftarkan diri anda secepat mungkin. Tak menyesal jika diambil awal, sebab anda tetap perlu manjalaninya melainkan anda hendak membujang sampai ketua.

kursus-kahwin-pelajar-universiti-pra-perkahwinan-menikah-nikah-sanding


Soalan 1
Adakah sijil Kursus Pra-Perkahwinan Islam mempunyai tarikh luput?
Jawapan : Tidak, tempoh sah laku sijil kursus adalah “seumur hidup” iaitu seseorang itu perlu mengikuti kursus praperkahwinan sekali sahaja sepanjang hayat.

Soalan 2
Siapakah yang boleh dikecualikan daripada menghadiri Kursus Pra-Perkahwinan Islam?
Jawapan :

1.     Duda/ janda/ balu
2.     OKU
3.     Warga asing yang tidak memahami Bahasa Malaysia
4.     Berusia 40 tahun ke atas
5.     Permohonan poligami
6.     Keadaan tertentu yang difikirkan wajar (atas kebenaran Pendaftar)

Soalan 3
Apakah yang harus dilakukan apabila sijil Kursus Pra-Perkahwinan Islam anjuran JAIS/Agensi luar hilang dalam simpanan pemohon?
Jawapan :

1.     Kursus anjuran JAIS/ PAID : Pemohon perlu hadir ke Bahagian Undang-Undang Keluarga/ PAID untuk mendapatkan surat pengesahan menghadiri kursus Pra-Perkahwinan bagi menggantikan sijil yang hilang.
2.     Kursus anjuran Agensi Luar : Pemohon hendaklah terlebih dahulu mendapatkan surat perakuan daripada penganjur dan mengemukakan surat tersebut ke Bahagian Undang-Undang Keluarga/ PAID bagi mendapatkan surat pengesahan menghadiri KPPI.

Soalan 4
Adakah wajib bagi warganegara Malaysia yang bekerja atau tinggal di luar Negara dan ingin berkahwin di Negeri Selangor menghadiri Kursus Pra Perkahwinan Islam?
Jawapan : Ya, wajib

Soalan 5
Kursus Pra Perkahwinan Islam dikecualikan bagi individu berstatus muallaf?
Jawapan : Tidak dikecualikan, perlu menghadiri KPPI (Kursus Pra Perkahwinan Islam).

Soalan 6
Bolehkah pemohon menghadiri sebahagian hari Kursus Pra-Perkahwinan Islam yang dijalankan untuk mendapatkan sijil?
Jawapan : Tidak boleh. Pemohon hendaklah menghadiri dan mengikuti kesemua modul/sesi yang telah ditetapkan.

Soalan 7
Boleh atau tidak seseorang itu bernikah dahulu sebelum menghadiri Kursus Pra-Perkahwinan Islam? 
Jawapan : Tidak boleh. Menghadiri KPPI merupakan salah satu syarat permohonan perkahwinan.

Soalan 8
Adakah warganegara asing yang tidak bermastautin di Malaysia tetapi datang ke Malaysia hanya semata-mata ingin berkahwin perlu menghadiri KPPI (Kursus- Pra Perkahwinan Islam)?
Jawapan :

1.     Jika pemohon telah mendapat kebenaran berkahwin dari kedutaan/Negara asal, maka tidak perlu menghadiri KPPI.
2.     Jika pemohon tidak mendapat kebenaran berkahwin dari Negara asal/kedutaan maka pemohon perlu menghadiri KPPI sekiranya pemohon memahami Bahasa Melayu.

Soalan 9
Adakah syarikat swasta diberi kebenaran oleh JAIS untuk menganjurkan KPPI (Kursus Pra-Perkahwinan Islam)?
Jawapan : Tidak, KPPI hanya dianjurkan oleh JAIS dan PAID sahaja.

Soalan 10
Berapakah bayaran dan bagaimanakah cara pembayaran KPPI (Kursus Pra-Perkahwinan Islam)?
Jawapan : Bayaran yang dikenakan adalah RM80.00 seorang secara tunai untuk 2 hari kursus merangkumi buku dan makan minum.
*KPPI anjuran PAID, pembayaran kursus dibuat pada hari permohonan. Manakala KPPI anjuran BUUK, pembayaran kursus dibuat pada hari pendaftaran.

Soalan 11
Bagaimanakah saya hendak mengikuti KPPI (Kursus Pra-Perkahwinan Islam)?
Jawapan : Pemohon perlu hadir ke BUUK/ PAID dan mengisi borang permohonan KPPI, seterusnya menghadiri KPPI pada tarikh yang ditetapkan. Permohonan melalui telefon hanya boleh dibuat di BUUK sahaja. 





Mat Dan hadir kursus kahwin

mat-dan-kursus-kahwin-pernikahan-suami-isteri-pra-perkahwinan-seminar-kelas-kahwin

KUALA TERENGGANU 24 Jan. – ‘Mat saleh’ berjiwa Melayu, Muhamed Kareef Daniel Abdullah, 28, atau lebih dikenali sebagai Mat Dan mengakui menghadiri kursus praperkahwinan di sini baru-baru ini.

Beliau yang makin dikenali setelah mulai terjun dalam dunia penyiaran tanah air, bagaimanapun belum bersedia nengumumkan bila akan menamatkan zaman bujangnya dan memperkenalkan gadis pilihan hatinya.

Pengacara rancangan travelog Haramain Backpackers dan Mat Dan Kaki Jalan ini tidak mahu mengulas lanjut soal peribadinya ketika ini.

Dalam pada itu, umum mengetahui hati jejaka kelahiran Bristol, England yang fasih bercakap loghat Terengganu ini telah dimiliki seorang gadis bertuah dari negeri ini.

Malah, Mat Dan dalam sebuah rancangan televisyen sebelum ini turut mengesahkan sudah mempunyai teman istimewa.

Ketika ditemui Utusan Malaysia hari ini, Mat Dan berkata, tumpuan kini adalah kepada kerjaya, dan jadualnya akan kembali padat bermula Mac depan bagi menjayakan Haramain Bacpackers untuk musim kedua.

“Penggambaran dijadualkan memakan masa kira-kira tiga bulan tetapi buat masa ini lokasi belum diketahui lagi dan difahamkan membabitkan tempat-tempat bersejarah di luar negara.

“Di samping itu, saya bakal terlibat dengan satu lagi program travelog makan-makan bersama Radio Televisyen Malaysia (RTM) iaitu Mat Dan Mari Dak?,” katanya. – UTUSAN ONLINE

© Utusan Melayu (M) Bhd

Kursus kahwin percuma

ALOR SETAR 20 Julai – Sepanjang 30 minit me­nyampaikan amanat sempena 100 hari pentadbirannya di negeri ini pada Mei tahun lalu, perkataan ‘anak muda’ merupakan antara yang paling banyak disebut dalam ucapan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah iaitu sembilan kali.

Perkara itu bukan sesuatu yang pelik kerana bagi Ahmad Bashah, anak muda merupakan pewaris negeri yang perlu disantuni dengan baik bagi memastikan golongan berkenaan berada di landasan tepat untuk memacu kemajuan negeri dan tanah air pada masa akan datang.

Menurutnya, dalam memben­tuk ‘pewaris’ tanah air, beliau tidak hanya memikirkan tentang generasi muda iaitu golongan remaja atau belia pada masa kini saja, tetapi lebih dari itu.

“Tumpuan turut di­beri kepada pemba­ngunan anak-anak me­reka ya­ng bakal di­la­hirkan se­telah ber­kahwin.

“Saya percaya, ge­ne­rasi muda yang ampuh dari aspek disiplin dan jati diri hadir daripada keluarga ya­ng bahagia serta dipimpin secara betul mengikut acuan se­perti ditetapkan agama. Oleh itu, saya minta supaya kursus kahwin percuma yang dianjurkan kerajaan negeri diperluaskan,” katanya kepada Utusan Malaysia baru-baru ini.

Menurutnya, berbanding ta­hun lalu, penganjuran kursus kahwin tersebut ki­ni­ diperba­nyakkan eko­ran sambutan cukup memberangsangkan yang di­terima daripada generasi muda di seluruh negeri ini.

“Jika tahun lalu penganjurannya diada­kan di 12 daerah, kali ini kursus kahwin berlangsung di semua 15 kawasan Parlimen bagi membolehkan lebih ramai rakyat terutamanya anak muda yang mahu berumah tangga menerima manfaat daripadanya.

“Mereka tidak perlu membayar langsung untuk mengikuti kursus selama dua hari yang bia­sanya menelan belanja sebanyak RM80 bagi setiap individu. Semua perbelanjaan ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan negeri kerana kami sedar, perkahwinan biasanya menuntut belanja yang besar dan ini sedikit-sebanyak diharap membantu mengurangkan beban ditanggung,” katanya.

Pada tahun lalu, lebih 2,000 individu mengikuti kursus tersebut dan jumlahnya dijangka meningkat lebih banyak tahun ini ekoran pertambahan lokasi penganju­rannya.

Untuk tahun ini, penganjuran kursus itu sudah berlangsung di tiga kawasan Parlimen iaitu di Alor Setar, Kuala Kedah dan Ba­ling yang diadakan pada Mac, April dan Mei lalu.

Kesemua 15 kursus yang dirancang untuk tahun ini dijangka akan diadakan sebelum Disember.

Dalam pada itu Ahmad Bashah menegaskan, generasi muda per­lu menggunakan kesempatan diberi kerajaan negeri untuk menimba pengetahuan sedalam mungkin mengenai alam perkahwinan tanpa bersikap sambil lewa.

“Apabila mengikuti kursus ini, janganlah lakukannya sambil lewa atau datang semata-mata kerana mahukan sijil. Kerajaan negeri mempunyai harapan besar supaya institusi keluarga di ne­geri ini mampu menjadi yang terbaik demi kebaikan semua pihak pada masa akan datang.

“Para tenaga pengajar yang terlibat dengan kursus itu juga bukan calang-calang kerana kursus kahwin percuma ini turut mendapat kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah (JHEAIK),” katanya.

Tidak cukup dengan itu katanya, pelbagai perkara turut dirancang bagi menambah baik program tersebut supaya mampu mendatangkan lebih manfaat kepada para peserta.

“Kerajaan negeri amat prihatin tentang institusi keluarga kerana keharmonian mampu menyumbang ke arah kestabilan komuniti.

“Atas sebab itu, kursus perkahwinan ini akan diteruskan. Selain menekankan mengenai pembentukan keluarga harmoni, kursus tersebut turut diselang-selikan dengan seminar ibu bapa bagi membentuk ketua keluarga yang mampu mengendalikan ahli dengan sikap sabar serta berhemah,” katanya.

© Utusan Melayu (M) Bhd

Akim dan Stacy hadir kursus kahwin

akim-stacy-kahwin-kursus-perkahwinan-pra-kursus-kahwin-praperkahwinan

KUALA LUMPUR 12 Okt. – Penyanyi lagu Jahat, Stacy Anam, 25, hari ini mengakui bahawa dia dan tunangnya, Akim Ahmad, 24, telah mengikuti kursus kahwin di sebuah tempat yang dirahsiakannya.

Dalam temu bual eksklusif dengan gadis Kadazan-Dusun itu hari ini, Stacy memberitahu, perjalanan kursus yang dihadiri bersama Akim itu berjalan lancar tanpa wujud sebarang masalah.

Terdahulu, pada 26 September lalu, Stacy dan Akim disahkan bertunang dalam sebuah majlis yang hanya dihadiri oleh ahli keluarga terdekat kedua-dua belah pihak.

Sementara itu, pada 24 Ogos lalu, Stacy mengesahkan pengislamannya disebabkan keinginan sendiri dan memilih nama Ummu Shaikhah Stacy Anam, selain faktor hubungan yang dijalin bersama vokalis kumpulan Akim & The Majistret itu. – UTUSAN ONLINE

© Utusan Melayu (M) Bhd

Kursus kahwin buat pelajar

KUALA TERENGGANU – Biarpun bergelar seorang pelajar di institut pengajian tinggi, ia tidak menghalang golongan berkenaan mendalami ilmu perkahwinan sebagai persediaan awal melangkah alam rumahtangga.

Penyelaras Program Kursus Pra Perkahwinan Islam, Aminah Ibrahim berkata, melalui kursus itu pelajar dapat menilai baik buruk seseorang dalam memilih pasangan hidup supaya tidak terjebak dalam gejala sosial yang agak membimbangkan buat masa ini.

“Kita sedia maklum, ramai remaja terutama yang masih belajar terlibat dengan masalah sosial sehingga memudaratkan diri sendiri. Jadi dengan pengetahuan yang diperoleh melalui kursus ini, mereka lebih terbuka dan mampu menilai baik buruk dalam sesebuah perhubungan.

“Ilmu kekeluargaan ini bukan sahaja memberi perhatian kepada isu dalaman rumahtangga, malah turut mengajar pelajar mengatasi tekanan dan juga mengurus sesuatu keadaan termasuk kewangan. Ia bagus jika dipraktikkan sesi pengajian masing-masing,” katanya pada Program Kursus Pra Perkahwinan Islam Siri ke-4 di Kolej PTPTL, di sini.

Menurut Aminah, seramai 62 pelajar termasuk kakitangan Kolej PTPL Terengganu menyertai kursus dua hari itu.

Sementara itu, seorang pelajar Diploma Pengurusan, Siti Noor Atikah Che Ghani berkata, program itu sangat bagus dan berguna kepadanya walaupun masih belajar kerana ilmu rumahtangga perlu diketahui untuk persediaan pada masa akan datang.

“Ia (ilmu) sangat bagus dan berguna untuk saya sebagai persediaan awal pada masa akan datang,”
jelasnya.

Nad akui hadir kursus kahwin

BEBERAPA hari lalu, sebuah blog hiburan melaporkan menerima beberapa keping gambar pelakon genit, Nad Zainal, 24, dan kekasihnya, Azwan Kombos, 29, yang dilihat sedang menghadiri kursus perkahwinan di Masjid Taman Tun Dr. Ismail (TTDI), Damansara, Kuala Lumpur.

Menerusi laporan itu juga, terdapat sekeping gambar senarai kehadiran yang memaparkan nama pelakon yang pernah popular menerusi drama Bukan Bidadari itu.

Bagaimanapun, tiada sebarang gambar atau status terkini mengenai kursus perkahwinan yang dihadiri mereka tertera di akaun Instagram peribadi milik Nad.

Sebaliknya, Azwan ada memuat naik sekeping gambar yang memaparkan dirinya memakai baju yang sama ketika menghadiri kursus tersebut pada keesokan harinya.

Ketika berpeluang berbual dengan aktres itu melalui panggilan telefon semalam, Nad tidak menafikan bahawa pasangan yang hadir ke kursus perkahwinan itu adalah dia dan Azwan. Ikuti temu bual selanjutnya antara Kosmo! dan pelakon filem Kami Histeria itu.

Kosmo!: Adakah benar Nad dan Azwan menghadiri kursus perkahwinan baru-baru ini?

NAD: Ya, saya dan Azwan telah menghadiri kursus perkahwinan yang dijalankan di sebuah masjid di Damansara, Kuala Lumpur. Kursus tersebut berlangsung selama dua hari iaitu pada 1 dan 2 Mac lalu.

Siapa yang mencadangkan untuk mengikuti kursus tersebut?

Sejujurnya, idea ini datanganya daripada kedua-dua belah pihak. Kami bersetuju untuk mengikuti kursus tersebut lebih awal.

Adakah kalian berdua telah bersedia untuk mendirikan rumah tangga?

Belum lagi. Kami menghadiri kurus tersebut bagi memudahkan perjalanan kami pada masa akan datang. Jika ada jodoh, perkara-perkara wajib seperti ini telah selamat diselesaikan. Lagipun, kami berdua tidak sibuk. Justeru, lebih baik memanfaatkan masa terluang ini untuk melakukan perkara yang berfaedah.

Jadi, Nad dan Azwan tidak bercadang untuk mengakhiri zaman bujang dalam masa terdekat ini?

Ya, kami tidak berhasrat untuk berkahwin dalam masa terdekat ini.

Apakah perkembangan terbaharu Nad?

Saya akan muncul menerusi sebuah drama bersiri berjudul Tuan Rumah Pembantu Rumah. Selain itu, telemovie lakonan saya untuk slot Cerekarama, Penantian juga bakal menemui penonton tidak lama lagi. Dalam perkembangan lain, saya akan menyertai sitkom komedi Oh My English! yang akan muncul untuk musim terbaharu.

Jika dilihat dengan gaya dan imej terkini, Nad kelihatan lebih muda daripada usia sebenar. Adakah Nad tidak takut jika tawaran berlakon akan berkurangan apabila Nad kerap melakonkan watak remaja?

Saya akui, faktor saiz badan saya sangat mempengaruhi tawaran berlakon yang saya terima. Bagaimanapun, saya berusaha untuk mengurangkan penerimaan watak-watak remaja selepas tamat proses penggambaran Oh My English! nanti.

Jadi, adakah Nad hanya akan melakonkan watak wanita matang selepas ini?

Tidak juga. Ia perlulah selari dengan jalan cerita drama atau filem tersebut. Saya tidak kisah untuk menerima watak yang mempunyai babak imbas kembali. Jika ia memerlukan saya berlakon sebagai remaja sekolah sepanjang perjalanan cerita, mungkin saya akan menolak tawaran itu.

Apakah tujuan Nad berbuat demikian?

Saya mahu dikenali sebagai pelakon serba boleh yang mampu untuk melakonkan watak-watak yang lebih matang.

Artikel Penuh: Kosmo.com.my

kursus-pra-perkahwinan-kursuskahwin-kelas-seminar-perkahwinan-kahwin